Sahabat Sejati ku

 Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara buat pembaca blog pertama Ratu. 

Terpanggil Ratu seorang perindu untuk menulis blog ini kerana merindui sahabat yang tiada galang gantinya. 

Setiap seorang sahabat banyak ragam dan keunikan perangai yang sangat berlainan. Hari ini Ratu nak bercerita tentang seorang sahabat Ratu yang sangat Ratu sayang.

Sharifah Afzam Binti Syed Ali lahir pada 09 Ogos 1983. Seorang wanita yang kuat, tak mudah tumbang dengan apa jua cabaran dan dugaan. 

Beliau seorang penghidap penyakit SLE disamping itu komplikasi penyakit ini beliau juga menghadapi masalah penyakit diabitik yang membuatkan hidup beliau lebih mencabar. Namun pepatah beliau sentiasa menjadi dorongan untuk menghadapi dengan tenang "Berpantang maut sebelum ajal". Ramalan dari pada doktor hanya "beberapa tahun" (singkat tempoh masa diberi) untuk hidup tetapi jawapan dia kepada doktor "Insya allah saya hanya percaya kepada ketentuan Allah". Alhamdulillah Allah makbulkan doa beliau.

Sepanjang persahabat dengan beliau Afzam seorang yang kuat, suka melindungi kawan-kawan yang dibuli serta seorang sahabat yang penyayang dan setia. Beliau juga sangat taat dengan Pencipta Nya. Jarang menunjukkan kelemahan diri. 

Teringat semasa melawat beliau di Melaka, semasa tu Ratu nak pergi balik kampung di Kelantan tapi saja dalam perjalanan menuju ke Melaka dulu. Memang dah merancang dari awal nak melawat Afzam di Melaka sebab beliau selalu cakap rindu Ratu dan kawan-kawan yang lain. Doa beliau ingin berjumpa semua kawan-kawan sebelum menghadap ilahi. Masa tu tahun 2019 penghujung tahun seingat Ratu.

Semasa melawat beliau tersangat lah kegembiraan terpancar diwajah beliau. Seboleh beliau mengukir senyuman di depan kami. Banyak saja cerita yang nak dibualkan. Cerita daripada zaman kanak-kanak kami. Bagaimana kami bertemu dan mula menjadi kawan yang sangat akrab hingga zaman Remaja serta berpisah kami setelah memasuki alam kedewasaan. Seingat Ratu nak berjumpa sangatlah susah setelah masing-masing dengan kesibukan seorang dewasa. Hanya media sosial dengan alat peranti masing-masing manjadi penghubung silaturahim.

Pada suatu malam terdetik dihati sesuatu perasaan yang aneh dan jantung berdebar tiba-tiba tanpa sebab. Sudah lama Ratu tidak dapat berhubung dengan Afzam, nak bertanya khabar no phone pon sudah tidak dapat di hubungi. Sesekali mengintai laman sosial yang sentiasa digunakan juga tidak banyak dikemas kini tentang diri beliau, hanya perkongsian tentang keagamaan dan resipi daripada pengguna lain.

Satu panggilan daripada nombor yang tidak Ratu kenali memaksa Ratu menjawab panggilan tersebut walaupun Ratu baru memulakan sesi pekerjaan Ratu pada malam itu. Ternyata suara yang sangat Ratu kenali di corong. Suatu perasaan yang sangat luar biasa Ratu rasai dan perasaan ini menyesakkan dada, nak batuk tak lepas, tarik nafas tak boleh, menangis juga tak boleh.

Ya Allah, kuatkan aku untuk satu malam ini supaya aku boleh selesaikan tugas yang sudah ku niatkan daripada awal. Dugaan malam ini bukan ujian yang biasa-biasa. Kakiku kejang, fikiran ku melayang entah kemana sekarang ini.

Dicorong pembesar suara telefon "Assalamalaikum kak, Ekin ni. Akak kerja ke?". Ratu hanya menjawab "Ye, tempat kerja". Sudah ku kenali suara itu tapi aku kebingungan kerana ini lah panggilan yang paling ku takut. "Kak Poh dah tak de. " Jawapan ku "Erm.." Nafas yang tersekat menghalang aku berkata-kata. Diam tanpa kata dan perasaan. Kedengaran lagi "Kak kena kuat ye!!" Jawapan ku seperti tadi "Erm.." menyambung "Bila". Ekin, "5hb. Ekin cuba nak hubungi kak dari awal tapi takde nombor. Ni ambil nombor daripada Emi." Aku tiada kata nak di luahkan hanya "Erm.. Kirim salam takziah buat Ma dan Aboh serta keluarga ye Ekin." Ekin menamatkan perbualan "Baik kak, Terima kasih. Akak kena kuat ye!!". Telefon di matikan. 

Sahabat, 5hb June 2022 kau meninggalkan segalanya di dunia ini. Bawalah amalan mu yang telah kau bekalkan untuk berada di alam sana. Kami disini hanya mampu sedekahkan AL-Fatihah dan potongan ayat AL-Quran untuk mu serta doa buat mu. Kenangan kita bersama wahai teman sepermainan, teman suka dan duka akan ku simpan selagi hayat dikandung badan. Semoga kita berjumpa lagi di syurga nanti. Damailah Sharifah Afzam di syurga. Semoga kau dalam kalangan yang syahid dan orang orang beriman. Amin.

Berperenggan Ratu berceloteh dengan air mata kerinduan buat sahabat bernama Sharifah Afzam. Ratu ucap terima kasih kepada semua yang sudi membaca coretan Ratu. Semoga pembaca dapat memberi komen yang membina supaya dapat Ratu perbaiki penulisan Ratu selepas ini. 



Comments

  1. Rindunya pada arwah sampai tak terucap kak ratu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu Ekin.. Semoga beliau berada dikalangan orang terpilih.. Al fatihah buat arwah..

      Delete

Post a Comment